Monday, December 04, 2006

kebutuhan

kebutuhan = keperluan

sedar tak yang kita semua ni ada kebutuhan?
dan sesetengah dari kita ni juga ada butuh (kaum Adam lah)
dan butuh tu sendiri ada kebutuhannya juga (hehe)

pelik,
aku terlihat perkataan tuhan terselit dalam perkataan kebutuhan itu sendiri
adakah elemen spiritual iaitu ketuhanan sesuatu yang kita semua perlukan dalam hidup?
macam, kalau takde tak sah gitu
betul ke?

pelik nombor dua,
kamus dewan memberikan contoh ayat di bawah ni:
"aku ni tak butuh wang"
betul ke? lebih-lebih lagi dari kamus melayu
ramai ke orang kita yang tidak butuh wang?
semua orang sekaya-raya manapun, tak akan tak pernah butuh wang
lebih kaya lebih dia butuhkan wang
habis tu, kaum melayu kita ni?
dahlah purata gaji bulanan kita adalah yang terendah berbanding dengan kaum cina dan india
dan peningkatannya juga yang terendah
siapa kita nak bohong dengan "aku ni tak butuh wang"
mungkin kamus kita kamus yang terlalu ideal
buat apa kita ikut kamus kalau hidup ni jauh dari yang ideal?


dahlah, aku lebih suka baca Guyton dan Snell
aku nak baca Guyton dulu, macam syiok baca Guyton

aku baru teringat!
tet tet tet tet tet tet tet tet tet butuh!
hahaha memori bolasepak di stadium kallang

No comments: