Wednesday, November 29, 2006

Respons dari DOWNSTAGELEFT

Maklum balas yang mencurah-curah terhadap inisiatif segolongan mahasiswa NUS yang mementaskan ' melayu.com.sg' sememangnya amat menggalakkan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa maklum balas yang walaupun berniat baik, telah tersasar dari tujuan asalnya kerana kurangnya penelitian yang terperinci.

Dalam usaha mereka untuk mewarisi tampuk pemerintahan di dalam masyarakat, golongan muda amat memerlukan sokongan padu dan bimbingan daripada mereka yang telah lama menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan jauh lebih berpengalaman di dalam perlaksanaan sesuatu inisiatif; ringkasnya: warga veteran.

Amatlah menyedihkan jika fokus utama perbincangan lebih tertumpu kepada poster pementasan 'melayu.com.sg' dan bukan pementasan itu sendiri. Bahkan, tanggapan yang dibuat mengenai pementasan tersebut dibuat tanpa pemberi maklum balas itu sendiri menghadiri pementasan tersebut. Malahan, pihak pengurusan Espalanade dan juga DOWNSTAGELEFT sendiri telah mengadakan sesi soal jawab dan maklum balas sesudah persembahan tersebut bagi menjawab pertanyaan dan juga menerima saranan/kritikan dari penonton sendiri.

Sayangnya, peluang ini tidak dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu yang lebih selesa membuat tanggapan yang melulu.

Sesuatu ide mahupun mesej di dalam sesebuah pementasan tidak terbatas hanya kepada sebuah poster. Jika keberkesanan sesuatu pementasan hanya dinilai berdasarkan sebuah poster semata, maka mereka yang berkecimpung di dalam bidang seni pementasan hanya perlu menumpukan daya minda mereka hanya kepada rekaan poster tanpa perlu menghabiskan wang, tenaga dan masa untuk menyiapkan sebuah pementasan yang bermutu.

Sokongan dan galakan juga perlu diberikan kepada generasi muda yang mahu mendatangkan suatu perubahan yang positif dan tidak menjadi golongan yang pasif semata. Jika sesuatu cetusan idea diremehkan melalui tanggapan semata, di manakah letaknya ruang bagi menjana minda yang progresif? Bagaimanakah dapat kita menyahut cabaran Perdana Menteri kita yang inginkan lebih ramai belia melibatkan diri di dalam hal ehwal kemasyarakatan dan menerajui kepimpinan masyarakat jika masih wujud sikap suka memperlekehkan usaha di kalangan masyarakat kita ini.

Objektif utama 'melayu.com.sg' adalah untuk mengkaji soal identiti Melayu dengan suatu kajian yang tidak terikat mahupun tertakluk kepada pegangan agama kita. DOWNSTAGELEFT dan panel skrip bagi pementasan tersebut ingin mengupas isu-isu yang berkaitan dengan identiti Melayu berdasarkan watak-watak yang wujud dan bukan direka seperti watak seorang wanita yang mengamalkan hubungan sejenis (lesbian), seorang tua yang menghabiskan kebanyakan masanya di masjid dan juga seorang ibu tunggal. Nilai-nilai yang dipegang oleh watak-watak ini akan mengetengahkan kepada penonton betapa nilai-nilai tersebut menyumbang kepada identiti Melayu itu sendiri.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa seringkali perkataan Melayu dikaitkan dengan istilah Muslim namun sepertimana yang tertera di atas, ' melayu.com.sg' cuba menangani isu identiti ini dari aspek kemanusiaan, tanpa tertakluk kepada nilai-nilai keagamaan dan apa juapun nilai pegangan kita semata-mata.

Saya bersetuju dengan Puan Asmidar yang istilah "Melayu" mencernakan keindahan, kelembutan, kecantikan dan ini amat bersesuaian dengan orang Melayu itu sendiri. Namum di dalam menegakkan nilai yang ideal ini, perlukah kita membelakangkan realiti sebenar masyarakat kita. Adakah kita mengetepikan ibu-ibu tunggal yang terlanjur dan membiarkan remaja-remaja kita hidup dengan label "Hanyut" sedangkan inilah realiti masyarakat kita kita sebagaimana yang diketengahkan oleh Encik Alami Musa di dalam sesi dialog dengan mahasiswa Melayu Islam di NUS baru-baru ini? Beliau menekankan hakikat ini agar usaha kita untuk menjadi suatu masyarakat yang inklusif tidak perlu mengetepikan sebarang individu pun. Dasar inilah yang mendorong tercetusnya idea bagi ' melayu.com.sg'. Penyelidikan dan temubual telah dilakukan oleh pihak penulis dan pelakon bagi memahami dan mendalami watak-watak ini bagi melicinkan proses penyampaian mesej kepada para penonton. Proses ini diberikan penelitian yang amat teliti di dalam rangka membina suatu masyarakat yang progresif tanpa mengetepikan sebarang individupun.

Bahkan, selain daripada terhibur, terdapat sebilangan besar daripada penonton yang meninggalkan Esplanade pada hari pementasan tersebut dengan suatu kesedaran tentang perlunya mereka melakarkan sesuatu untuk mengubah dan memperbaiki keadaan masyarakat. Tidak kurang pula bilangan penonton dari kalangan "emas" kita yang menyanjung usaha DOWNSTAGELEFT untuk menganalisa watak-watak yang selama ini dibiarkan membisu dan menderita di dalam kesibukan kita membina masyarakat "cantik."

Pihak DOWNSTAGELEFT akan tetap menggunakan pendekatan pementasan bagi mengetengahkan isu dan realiti masyarakat kita. Pendekatan ini, beserta dengan usaha-usaha persatuan-persatuan, badan-badan dan individu-individu yang lain diharapkan dapat menyumbang kepada tercetusnya suatu masyarakat yang bukan sahaja menyedari akan nilai-nilai bangsanya yang ideal, namun juga menerima dengan hati yang terbuka akan realiti sebenar masyarakat kita.

DOWNSTAGELEFT masih muda dan perjuangan kami masih jauh. Oleh itu kami menerima sebarang teguran dan kritikan dari mana-mana pihak. Namun, amatlah diharapkan agar teguran yang diberi biarlah adil, bernas dan mengemukakan alternatif yang konstruktif tanpa perlu merendah-rendahkan daya usaha kami.

Sebelum saya akhiri, ingin juga saya jelaskan bahawa DOWNSTAGELEFT adalah kumpulan teater yang berdiri sendiri tanpa sembarang kaitan bersama Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS). DOWNSTAGELEFT ditubuhkan awal tahun 2006 dan dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswa yang bukan sahaja dari Universiti Kebangsaan Singapura ataupun yang berbangsa Melayu sahaja.

Semoga Allah meredhai setiap sumbangan kita terhadap kemaslahatan masyarakat khususnya dan sekaligus umat manusia amnya.

Yang benar,
Fezhah Maznan
Pengarah Artistik
DOWNSTAGELEFT

H/P: 91990977
E-mel: downstageleft@gmail.com

Wednesday, November 22, 2006

brouhaha

"Kalau inilah realiti yang akan ditunjukkan oleh orang-orang yang keluar dari menara gading, saya betul-betul sedih."

I would say that this is the reality shown not by future graduates. But this IS the reality shown by several groups within the Malay community itself, and these groups traverse various educational levels, especially those in the lower rungs of the educational ladder. We have seen our fellow Malays in such revealing tops in the streets (an obvious sign of the infiltration of Western influence), and we shake our heads each time. Or we write in to the local newspaper. Meaning we are not ready to accept this culture into our own.

So we had our play to ask this question to our audience. We shall present to you a non-mainstream culture, somthing that the society calls 'a problem'. We present this problem to you in the perspective of the affected problem individual himself (or herself). We are probing you, our Malay community, with these problems. We are not offering solutions (in response to the first article which is hoping the play would unearth solutions for such problems). We believe offering solutions will be rather limiting and restrictive and will undermine the whole idea of theatre, which is suppose to probe questions and awareness and perhaps, reveal some understanding. In that sense, giving solutions would be to cheat our audience. And who are we to give solutions? Anyway, back to the problem, the answer as to whether our community can accept such cultures is now apparent. The answer is no (since we are still so concerned about dressing!). Or maybe not yet. Or maybe, never. I'm not saying it is a bad thing that we do not accept such things. Maybe never is better for our society.

The point is, I think ultimately it is good that we are discussing these issues. If this is the effect achieved for the rest, then I believe we have achieved some form of success just from our publicity of the production itself, even though it is achieved via controversial means.

However, sometimes we do get ahead of ourselves. And failure to take a step back to see the bigger picture may lead to disastrous outcomes. I think it is a valid comment that we observe tata-susilah and also kesopanan pakaian even though we want to throw a burning controversial social issue at society, in our pursuit of theatre. I think we could have exercised more restraint but we didn't hold back. Sometimes in theatre, one cannot hold back, but in other areas, one should learn to not take a step too far. I guess then this as a lesson for everyone?

"Buatlah sesuatu yang boleh dijadikan ikutan dan contoh yang baik sesuai dengan ilmu yang dimiliki."

I can agree with this statement. Here I hope what I have offered you as my take on the brouhaha as something that is 'sesuai dengan ilmu yang dimiliki'.

Sunday, November 19, 2006

MELAYU.COM.SG

"Aku nak sembahyang, dia tak nampak sembahyang aku."
"Ish kau tengok pompuan ni, tak habis-habis talipon aku pasal reception."
"Kids? You don't have to get married to have kids."
"Aku tak tau plak sejak bila kain nih ada magic."
"My dad's a Muslim and my mum, a Catholic."
"I know I am a Malay, but no, I refuse to live like one, with such disappointing attributes."
"Ada empat pompuan kat rumah ni, semua pemalas. Semua tak boleh harap."
"Aku tak peduli. Aku akan tetap pergi Hard Rock bila ada Reggae Nite."
"Kau ingat budak muda nak sangat ke tengok wayang kat masjid tu?"
"Sayang...bangun sayang. God, I love the way you look when you're asleep."
"Mana kau? Beranakkan dia, diri dah setengah mati, mana kau?"
"Ini interview untuk apa? Anak ni dari universiti mana?"


Inilah Melayu kita dan masalah-masalah Melayu kita. Bukan semuanya dapat dipaparkan tapi sekadar yang mampu, apa yang lebih menarik itulah yang dipaparkan. Bukanlah Melayu kita ni hanya bermasalah sahaja, cuma menerusi masalah inilah kami harap dapat mengetengahkan kelompok-kelompok yang mungkin dilupai, tidak dihiraukan, diketepikan sebelah, dan mungkin terputus hubungan sekaligus. ia sebagai cerminan untuk kita semua masyarakat Melayu Singapura. Tapi, sediakah kita menerima mereka? Adakah mereka itu memang telah terlangkah jauh sungguh untuk dikembalikan ke pangkal jalan? Atau adakah kita akan terus buta dan membabi-buta dan buat-buat buta?

Jawablah sendiri. Aku akan mengemaskinikan diari maya ku bila masa mengizinkan.



Thursday, November 02, 2006

you know what you are missing. i have just the solution:

17 & 18 NOV 8PM
ESPLANADE THEATRE STUDIO
TICKETS ON SALE AT SISTIC






watcha waiting for?
 Posted by Picasa